Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 22 April 2013

(Sebarkan) Hot !!! Isteri Calon PAS Kedah Bersama Kroni-Kroni PAS Kedah Seleweng Duit Maktab Mahmud #TukarKedah #SaveKedah



Tu Dia !!!  Sebelum ini kita dok degaq PAS Kedah dok perlingkup Kolej Universiti Insaniah (KUIN).. La ni Team Media Kedah (TMK) yang di ketuai Mctheory nak dedahkan pulak penyelewengan yang berlaku dalam satu Institusi pengajian yang cukup terkenal di Kedah


TMK terkejut pada mula membuka helaian laporan audit satu sekolah Agama yang telah lama bertapak di Kedah ni. Maktab Mahmud, sekolah agama yang dikatakan terbaik di seluruh Kedah. Sekolah agama idaman pada ibu-bapa yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama secara serius.

Bila sebut nama Maktab Mahmud, akan ada satu standart dan level khas dalam pemikiran orang Kedah. Malah untuk menjadi pelajar Maktab Mahmud juga bukan mudah, perlu melalui pelbagai ujian sebelum dapat dilantik menjadi pelajar di Maktab Mahmud.

Begitu besarnya nama Maktab Mahmud di pemikiran orang Kedah. Selama lebih 50 tahun BN memerintah, Maktab Mahmud telah menjalankan tugas mendidik dan melahirkan ramai ilmuan agama, bertindak cemerlang dan tak pernah pula TMK mendengar masalah penyelewengan dan masalah pengurusan


Bila Kedah jatuh di tangan Pas. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Sepatutnya Maktab Mahmud menjadi lebih cemerlang dan terbilang dibawah Pas, namun ia tak jadi begitu, ia jadi terburuk pulak. Pengurusan yang tidak cekap, pegawai tidak mempunyai 'punch card', laporan akaun yang serabut dan keliru. Malah ada laporan audit yang agak misteri, seperti pembayaran wang tidak mempunyai resit, ada dua nombor resit yang sama dan pembayaran Maktab Mahmud, diletakkan atas nama pengetua, bukan atas nama institusi.

Kalau TMK tulis dalam blog dengan kosong, tanpa bukti, orang akan kata kami ni tipu, fitnah!



TMK tak fitnah !!! kami mempunyai laporan lengkap audit dalaman dan kami akan dedahkan satu per satu. TMK percaya pada waktu ini sudah ada pemimpin Pas Kedah yang sudah berpeluh, kerana pekung mereka akan dibongkar oleh kami.

Sebab tu TMK kata, puak Pas ni puas mengutuk Kerajaan UMNO/BN dikatakan tidak telus, rasuah, kroni dan sebagainya. Tetapi bila mereka dapat kuasa, mereka jadi lebih teruk dari orang yang mereka tuduh! Mereka tuduh kita rasuah dan penyelewengan tanpa bukti! Tapi kita dedahkan penyelewengan mereka dengan dokumen dan fakta! Mari kita lihat siapa yang kena!

Kalau mengikut laporan audit yang kami terima, hampir semua Maktab Mahmud diseluruh Kedah mempunyai masalah audit dan pengurusan. Tapi paling teruk ialah Maktab Mahmud Alor Setar, tidak ada sebarang rekod!


Maknanya tidak ada rekod kewangan, resit, pembayaran dan lain-lain? Dahsyat!! Tengok helaian dibawah pula!



Baca dalam petak merah, apa sudah berlaku ni? Gagal kemukakan dokumen sokongan bersama baucer bayaran? Maknanya duit keluar tanpa resit yang sah! Macam mana boleh jadi macam ni? Kalau benar guna duit Maktab untuk beli keperluan pengajian, kenapa tak kepilkan sekali resit apa yang dibeli? Atau duit tu masuk poket untuk beli benda lain?

Ini pengurusan yang tidak telus, pembayaran yuran, duit keluar masuk, bukan perkara main-main. Lainlah memang ada niat untuk main-mainkannya. Paling menarik, bila TMK 'semak' siapa yang jadi pengetua Maktab Mahmud ni, membuatkan semua geng TMK ketawa besar!

Isteri Adun Pas ni! Anak saudara orang tu! Isteri pada Ketua orang tu, dan semuanya berkaitan dengan keluarga dan orang Pas belaka! he he.. rosak-rosak! Patut la makin mundur dan lingkup Maktab Mahmud, rupanya dijaga oleh orang yang tak layak dan menjadi 'HAK MILIK' keluarga kroni Pas Kedah.

Ok, cerita ni tak habis lagi sebenarnya, kita sambung nanti! Banyak lagi pendedahan.

Lepas KUIN Pas lingkupkan, kini Maktab Mahmud pulak, kalau diberi peluang lagi, rasanya Kerajaan Negeri Kedah pula lingkup dengan kerja bodoh Pas ni!



Sumber Asal :- Kedah Ke KL

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog