"Aku Janji BN Kedah"
" Bersama Memacu Transformasi Kedah"
01) Hal Ehwal Agama
BN Sentiasa berpegang kepada SYIAR ISLAM dengan menjamin kebebasan beragama demi keharmonian Negara dalam mengekalkan sifat tolenrasi yang diamanahkan sebelum ini. Kami bertekad untuk mempertahankan kewujudan PUSAT PENGAJIAN PONDOK & TAHFIZ sambil memberi kemudahan yang bertaraf tinggi.
- Memertabatkan Pusat Pengajian Pondok dan Tahfiz.
- Menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab.
- Menjaminkan Kebebasan Beragama Bagi Yang Bukan Islam.
- Mengimarahkan Suasana Ilmu di Kedah.
- Memperkasakan Institusi dan Pengurusan Masjid dan Surau.
- Menaiktaraf Infrastruktur dan Kebajikan Kakitangan Maktab Mahmud.
02) Transformasi Ekonomi
Ekonomi Kedah akan melalui transformasi dengan :-
a) Memperbanyakkan peluang pekerjaan melalui peningkatan Pelaburan Asing dan Pelaburan Domestik Langsung khusus kepada sektor-sektor terpilih.
Membangunkan BANDARAYA GETAH ( RUBBER CITY ) Kota Putra di Padang Terap yang menawarkan 13,000 peluang pekerjaan berpendapatan sederhana dam tinggi.
b) Membangunkan Pusat Penyelidikan Pembuatan Produk Berasaskan Getah.
c) Membangunkan hab industri Kota Perdana & pembangunan bercampur termasuk pusat logistik di Bukit Kayu Hitam sebagai sebahagian daripada PROJEK STRATEGIK PEMBANGUNAN BERSAMA MALAYSIA - THAILAND.
d) Membangunkan Jerlun sebagai PUSAT INDUSTRI MINYAK & GAS dan Yan sebagai ZON INDUSTRI PETROLIAM YAN yang mengambil kesempatan perjanjian dua hala MALAYSIA - THAILAND.
e) BN akan memperhebatkan dan memperluaskan lagi aktiviti perindustrian di TAMAN TEKNOLOGI TINGGI KULIM (KHTP)
Pertanian Intensif Bernilai Tinggi
Industri Pertanian terus diberi FOKUS kerana potensinya AMAT TINGGI dan telah sekian lama menjadikan punca utama pendapatan Kedah. Perolehan hasil pertanian yang bertambah dengan keluasan tanah yang terhad akan diusahakan . Petani akan diberi peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan bantuan kerajaan BN melalui projek-projek infrastruktur, bantuan kewangan & pelbagai latihan penggunaan teknologi terkini secara berterusan.
a) Membaikpulih Infrastruktur Saliran Air
b) Memperluaskan Kawasan Projek Estet Padi di Kawasan MADA.
c) Meningkatkan Sara Hidup Petani, Penternak & Nelayan.
d) Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) mini di setiap daerah.
e) Menghapuskan Birokrasi Berkaitan Sijil Pertanian Siam.
f) Pertumbuhan Industri Hiliran Berteknologi Tinggi untuk pasaran eksport.
g) Mengurangkan Kos Pengeluaran Pertanian.
h) Meningkatkan kaedah pengerusan Estet Tanaman Padi di Luar Kawasan MADA.
i) Memudahkan Pemasarana Hasil Pertanian.
j) Membuka lebih banyak ladang satelit di tanah terbiar bagi penanaman bauh-buahan.
k) Memulakan projek naik taraf Sistem Pengairan Ban Merbok.
l) Meningkatkan kualiti hidup & kemudahan asas keluarga petani, penternak & nelayan melalui Penubuhan Yayasan Kebajikan Rakyat.
03) Transformasi Sosial.
Melalui Transformasi Sosial yang hendak digerakkan oleh BN, kepentingan Rakyat akan sentiasa diberi KEUTAMAAN
a) Fokus yang paling penting bagi BN ialah untuk menentuka setiap keluarga mempunyai rumahnya sendiri.
b) Tapak-tapak perumahan baru akan dibuka untuk dibangunkan oleh agensi-agensi Kerajaan supaya lebih banyak rumah mampu milik oleh Rakyat.
c) Dewan-dewan Serbaguna akan dibaik pulih.
d) Di bawah BN , sampah sarap akan dikutip dengan lebih efisyen agar kesihatan Rakyat tidak terancam.
Kesejahteraan Rakyat
a) Belia dan Sukan
b) Menyelesaikan Masalah Banjir
c) Kebajikan
d) Perumahan
e) Perkhidmatan Pada Rakyat
f) Bekalan Air Yang Sempurna
g) Pungutan Sampah
h) Wifi
i) Keselamatan
j) Kesihatan
Hal Ehwal Belia Akan Terus Dibela Oleh BN.
a) Memberikan Kursus Pra-Perkhawinan secara percuma kepada semua belia yang bermastautin di Kedah.
b) Memberi subsidi kepada pemohon lesen kali pertama B2.
c) Bantuan pentadbiran sebanyak RM2000 Setahun kepada setiap Pertubuhan/Persatuan Belia yang berdaftar.
d) Membina LITAR LUMBA untuk mempertingkatkan sukan bermotor.
e) Menebus kembali kegemilangan BOLA SEPAK KEDAH melalui pembangunan semua peringkat di seluruh Negeri.
f) Pembangunan Latihan & Persefahaman deng KELAB_BOLA SEPAK PROFESIONAL LUAR NEGARA bagi meningkatkan prestasi & mencungkil bakat.
Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan
a) BN meletakkan BIDANG PENDIDIKAN dan PEMBANGUNAN MODAL INSAN di tempat yang paling utama bagi kemajuan dan masa depan Kedah. Tumpuan kepada usaha memenuhi permintaan pasaran kerjaya.
b) BN amat komited terhadap PEMBANGUNAN PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI di Kedah. Disamping dapat memudahkan pelajaran agar tidak berjauhan daripada keluarga, ianya juga akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
c) BN sentiasa berkerjasama & berusaha untuk terus memajukan Institusi-Institusi pengajian tinggi sedia ada di Negeri Kedah, sambil membuka lebih banyak cawangan Universiti termasuklah Universiti Teknologi MARA, Universiti Multi Media, LimKokWing Universitiy of Creative, Technology & UNIKL
d) BN Juga akan berusaha untuk membina sebuah Universiti Teknologi Tinggi dengan pembabitan Universiti Teknologi tersohor dunia .
Pelancongan
Industri pelancongan adalah merupakan antara PEMACU UTAMA bagi penjanaan ekonomi negeri Kedah. BN akan memperbanyakkan PRODUK PELANCONGAN di Tanah Besar Kedah & Pulau Langkawi supaya dapat MENINGKATKAN BILANGAN KEMASUKAN PELANCONG ASING & TEMPATAN menerusi promosi bersepadu dan kerjasama semua pemain industri pelancongan, BN meningkatkan bilangan ACARA BERTARAF ANTARABANGSA, MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF kemudahan pelancongan sedia ada.
Pembangunan Lestari
BN bertekad TIDAK akan menjadikan pembalakan hutan sebagai sumber utama pendapatan negeri. Sebaliknya, usaha gigih akan dilaksanakan untuk PENANAMAN pokok getah ( KLON KAYU GETAH ) sebagai sumber kayu bagi memenuhi permintaan Industri Perkayuan. Ini akan tertumpu di kawasan-kawasan dimana kerja pembalakan rakus telah dilakukan sejak dua tahun lepas.
" Pokok yang dibalak mungkin memberi keuntungan setahun, tetapi pokok yang berdiri teguh mampu menguntungkan ribuan tahun"- Mukhriz Mahathir.
Pembangunan Prasarana Jalan Raya Dan Jambatan.
- Hab Industri Kota Perdana
- Changlun Hab Aero Angkasa
- Hab Minyak dan Gas, Jerlun.
- Bandaraya Getah, Kota Putra
- Alor Setar
a) Bandaraya Alor Setar akan mendapat perubahan wajah menjadikannya bandaraya metropolis yang menjadi tumpuan ilmuan melalui penubuhan Universiti R&D Teknologi Tinggi.
b) Alor Setar akan diperindahkan untuk dijadikan tumpuan peancongan sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk Rakyat.
c) Bukan sahaja Bandaraya Alor Setar, malah seluruh Negeri Kedah akan mendapat manfaat yang besar melalui projek tambatan banjir.
d) Mengatasi masalahah Sistem Penyuraian Trafik di Bandaraya Alor Setar
- Loji Jana Kuasa Pulau Bunting, Zon Industri Petroliam YAN.
- Sungai Petani
a) Membina jaringan lebuhraya dari Sungai Petani, Kuala Ketil, Padang Serai, Kulim, Serdang & Bandar Baharu dengan kerjasama sektor swasta.
b) Penyuraian Trafik di Sungai Petani, Membina Jambatan & Jalan Tuju, Sungai Muda dari Kampung Pantai Prai ke Terat Batu (Padang Serai)
- Membina & menaiktaraf 500km jalan-jalan kampung seluruh Kedah.
- Membaikpulih jalan Taman Perumahan.
- Memastikan Penyelenggaran & baikpulih Jalan Negeri mengikut jadual.
- Membina jalan baru dari Batu Lintang ke Pantai Merdeka sejauh 8km
- Mewujudkan lorong motorsikal di jalan-jalan raya utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan