Seperti yang Pisau Kedah duga.. Pastinya Anwar Ibrahim akan melakukan Sumpah Muhabalah di saat-saat hari pembuangan undi hampir tiba..
Tujuan Anwar mudah saja.. Dia melakukan Sumpah Muhabalah di saat-saat hari pembuangan undi hampir tiba adalah untuk mengharapkan pengundi-pengundi yang hilang kepercayaan kepadanya di sebabkan permasalahan moralnya itu, patah balik menyokongnya di hari pembuangan undi walaupun Sumpah Muhabalah yang di lakukannya itu hanya sekadar retorik meraih undi.
Dari maklumat yang di perolehi dari sahabat blogger MPP, Anwar Ibrahim akan melakukan Sumpah Muhabalah bagi menafikan pembabitannya dalam video lucah China Doll yang telah didedahkan Datuk Eskay 2 tahun yang lepas di Masjid Kubang Semang, Pematang Pauh dalam masa terdekat.
Pelik bagi Pisau Kedah apabila Anwar Ibrahim terpaksa mengambil masa yang lama untuk melakukan Sumpah Muhabalah..Malahan yang lebih peliknya Anwar Ibrahim langsung tidak berani menyaman Datuk Eskey yang telah mendedahkan video tersebut.
Pisau Kedah yakin Anwar Ibrahim kini dalam keadaan terdesak untuk memenangi PRU13 di Pematang Pauh sehinggakan mendorong Anwar sanggup melakukan apa-apa saja untuk menyelamatkan dirinya daripada isu permasalahan moralnya itu
Tidak Hairan la.. Dalam keadaan terdesak, pengamal fahaman Pluralisme sanggup melakukan apa-apa sekali pun untuk melepaskan diri sepertimana yang di lakukan Anwar Ibrahim.
2 ulasan:
Sumpah itu akan makan diri dan dia akan mesti kalah di PP.
air jordan
chrome hearts online store
curry 7
pg 1
kd 12
nike air max 2017
vans shoes
kate spade handbags
yeezy boost 350
jordan 13
Catat Ulasan