Untuk pengetahuan semua di Merbok, BN mempetaruhkan seorang Prof dari UNIMAP, PROF Dr Ismail Daud (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok) bagi menentang calon PKR, Nurin Aina (Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani) bagi merebut kerusi Parlimen Merbok (P014).. Nurin Aina ni, calon tangkap muat dari PKR Sungai Petani setelah Ir Zamri enggan bertanding di Parlimen Merbok kerana tidak yakin PKR akan memenangi Parlimen Merbok.
DUN Tanjung Dawai (N26), Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Tajul Urus berhadapan dengan Fakhrudin Fakhrurazi (Timbalan YDP PAS Merbok) .. Pisau Kedah malas nak habaq la.. mengikut laporan yang di terima kawasan tu merupakan kawasan putih melepak BN walaupun pada PRU12 yang lalu kalah dengan beberapa undi kepada PAS di sebabkan sabotaj dari penyokong BN sendiri.... Alhamdulillah berkat dari kecekapan DS Najib Razak, BN sudah kembali ke landasannya.
DUN Bukit Selambau (N25).. Pisau Kedah melihat Masyarakat India kembali menyokong BN selepas pada PRU12 sebelum ini kebanyakkan dari mereka mengundi PKR.. Apa yang Pisau Kedah dapat lihat semasa perarakan calon pagi tadi, di pihak Pakatan Haram tidak berapa nampak kelibat masyarakat India begitu ramai jika nak di bandingkan dengan masyarakat India yang berkumpul menyatakan sokongan kepada BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan