Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 22 April 2013

Gempar !!! Calon PAS Parlimen Padang Terap Kantoi Main Politik Kotor. #TukarKedah #SaveKedah




Memang muka jenis tak tau malu langsung calon PAS Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria apabila sanggup menggunakan program yang di anjurkan ICU Negeri Kedah (Jabatan Perdana Menteri) dan KEDA melalui peruntukkan Kerajaan Pusat untuk mendapat keuntungan politik segera..

Kelmarin Pisau Kedah di beritahu, ICU Negeri Kedah dan KEDA telah mengadakan program ICU/KEDA bersama penduduk Padang Terap di kawasan Pekan Naka.. Dalam program tersebut pihak penganjur telah mengadakan pertandingan lawan suara burung yang di sertai peminat-peminat burung Merbah Jambul di sekitar Padang Terap dan Pokok Sena

Setelah Nasir Zakaria atau gelaran populornya YB Demam yang merupakan calon Pas bagi kerusi parlimen Padang Terap mendapat tahu program tersebut,maka dengan penuh ketidakmaluan melampau,YB Demam mengambil kesempatan turun mempromosikan diri sendiri di program tersebut.

Lebih memalukan lagi apabila YB Demam sanggup merendahkan maruah diri dengan merayu kepada pengerusi majlis untuk diberi peluang menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan lawan suara burung. Kebetulan ketika itu,Dato Azmi Lateh Pengarah ICU Negeri Kedah sedang sibuk melayan para peserta dan pengunjung di sebelah tempat pertandingan.

Pengerusi majlis yang tidak sampai hati apabila mendengar dan melihat rayuan YB Demam yang bersungguh-sungguh itu akhirnya memprkenankan rayuan dan hasrat YB Demam itu tanpa kebenaran Pengarah ICU Negeri Kedah terlebih dahulu.

Maka setelah itu YB Demam pun berjayalah menjadi penyampai hadiah saguhati kepada peserta pertandingan lawan suara burung sebelum Pengarah ICU Negeri mengambil alih tempat untuk menyampaikan hadiah.

Lebih hina lagi apabila YB Demam mempergunakan belas ihsan yang diberikan oleh pihak penganjur dengan mempublishkan gambar-gambarnya sedang memberikan hadiah kepada pemenang seolah-olah pihak penganjur iaitu ICU Negeri Kedah dan KEDA Zon 2 Padang Terap telah menjemput beliau selaku tetamu terhormat.

Inilah mamalia yang tidak tahu malu dan suka mengambil kesempatan. Inilah dia mamalia yang menganuti fahaman "Matlamat Menghalalkan Cara"

Walhal rakyat Padang Terap sudah pun memberi mandat kepadanya selama sepenggal sebagai Ahli Parlimen. Namun beliau tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diamanahkan kepada beliau selaku wakil rakyat yang membela rakyat Padang Terap.

Kini beliau sekali lagi menawarkan diri untuk menjadi calon Ahli Parlimen. Kini beliau sekali lagi merayu kepada rxakyat Padang Terap untuk memilihnya sebagai wakil rakyat. Mungkin YB Demam beranggapan yang rakyat Padang Terap ini bodoh dan lupa untuk sekali lagi memilihnya sebagai Ahli Parlimen?

Sorry dude !!!

Cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. INI KALILAH rakyat Padang Terap akan memilih Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid. Rakyat Padang Terap mahu seorang wakil rakyat yang mampu membela nasib rakyat dan membangunkan daerah Padang Terap agar setanding dan pesat membangun seperti daerah-daerah lain di Kedah.

JOM UNDI BN. TOLAK GENG SPENDER PUTIH STOPA !!!
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog