Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 20 April 2013

Eksklusif !!! Video Pengumuman Penamaan Calon Yang Bertanding Di Merbok Di PRU13 #TukarKedah #SaveKedah





Sungai Petani - Pengurus yang di lantik Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Merbok, Tuan Haji Ahmad Faisol B Haji Md Nor yang juga merangkap Pegawai Daerah Kuala Muda, hari ini telah membuat pengumuman di Sekolah Menengah Teknik  (1) Sungai Petani bagi keputusan Penamaan Calon PRU 13 untuk kerusi Parlimen Merbok (P014) , DUN Bukit Selambau (N25) dan DUN Tanjung Dawai (N26).

Menurut Tuan Haji Ahmad Faisol. Pada PRU13 ini, tiada kertas penamaan calon yang di tolak oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Merbok.

Bagi kerusi Parlimen Merbok (P014) pihak SPR mengesahkan pertandingan melibatkan dua penjuru iaitu diantara Prof Dr Ismail Daud (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok) yang mewakili BN akan bertemu dengan Nur Azrina Surip @Nurin Aina Abdullah (Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani) yang mewakili PKR.

Bagi kerusi DUN Tanjung Dawai (N26) pihak SPR mengesahkan petandingan melibatkan dua penjuru iaitu diantara Dato' Tajul Urus (Ketua UMNO Bahagian Merbok) yang mewakili BN akan bertemu dengan Ahmad Fakhrudin Fakhrurazi (Timbalan YDP PAS Merbok).

Manakala bagi kerusi DUN Bukit Selambau (N25) pihak SPR mengesahkan pertandingan melibatkan lima penjuru iaitu diantara M L Maran ( Penyelaras BN DUN Bukit Selambau) yang mewakili BN,Dr Krisnamurthy yang mewakli PKR, Kamal Nasser Thow Beek yang mewakili KITA, Syed Omar Syed Mohammad yang mewakili Bebas dengan menggunakan lambang bunga dan T.Murangaran yang mewakili Bebas dengan menggunakan lambang kunci.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog