Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 22 April 2013

Janji BN Yang Perlu Peminat Bola Sepak Kedah Tahu #TukarKedah #SaveKedah





Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Jerlun, Datuk Othma Aziz berkata kegemilangan pasukan bola sepak Kedah boleh dikembalikan sekiranya BN berjaya memerintah semula Kedah.

Bekas pengurus pasukan Kedah berkata, antara faktor yang menyebakan skuad Kenari berprestasi hambar ketika ini dan terpaksa bermain di Liga Perdana ialah kerana tidak mendapat sokongan dan perhatian sewajar kerajaan negeri pimpinan PAS, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.

Kedah pernah gah dengan menjulang tiga piala Liga Malaysia dua musim berturut-turut pada 2006/2007 dan 2007/2008.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ketika ini.

Othman berkata, usaha membangunkan bidang sukan negeri memerlukan sokongan kuat semua pihak khususnya pemimpin atasan.

“Hanya BN yang faham mengenai bola sepak. Saya harap peminat beri keyakinan kepada BN dan BN berjanji akan bangunkan semula Kedah sebagai pasukan yang dihormati,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog