Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 17 April 2013

Benarkah Ketua Blogger TMK Ikrar Akan Belot Kepada Calon BN Di PRU 13 ???

Pisau Kedah tak tau la apa yang tak kena dengan bos Pisau Kedah dalam Team Media Kedah, Mctheory (Kedah Ke KL) yang naik angin tak tentu pasal apabila melihat senarai calon BN Kedah yang akan bertanding di Pilihanraya Umum ke 13..


Mc mewakili sahabat-sahabat dalam Team Media Kedah sudah berikrar akan menyokong sesiapa jua calon Barisan Nasional di Kedah, hatta di seluruh Malaysia. Kami setia pada parti, kami orang parti dan bukan orang pada mana-mana pemimpin. Kami tak peduli siapa calon yang dipilih oleh DS Najib Razak, kami akan berikan sokongan 1000%  dan berjanji akan memenangkan beliau.

Sokongan kami kepada parti tidak berbelah bagi, ikrar kami pada Ulul Amri pimpinan parti tidak pernah kami ingkar dan persiakan. Malah kami berjanji akan membongkarkan parasit parti yang cuba untuk sabotaj calon BN yang telah dipilih oleh pimpinan parti.

Kita telah berjuang selama 4 tahun di alam maya, menepis fitnah dan menyerang pembangkang. Tiba masa untuk peperangan sebenar, tunjukan kekuatan, tunjukan segala senjata yang kita ada.

Kami juga berharap rakan blogger dan troopers Kedah yang lain akan mengikut jejak langkah kami ini. Perlu diingat PRU 13 kali ini bukan perkara mudah dan main-main, ia menentukan nasib rakyat Malaysia samaada kita hancur ditangan pengkhianat negara, atau kita terus maju kehadapan.

Nasib Islam dan bangsa Melayu juga bergantung pada PRU kali ini, andaikata kita kalau kalah!.. Nauzubillah, nescaya Islam dan Melayu akan tergadai ditangan-tangan pengkhianat negara. Berdoalah supaya kita diberi kekuatan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.


Kami Team Media Kedah melapor diri untuk Bersatu, Bersedia, Berkhidmat!





Benar kata Mctheory yang Pisau Kedah anggap bos bagi Pisau Kedah dalam Team Media Kedah (TMK).. walaupun hubungan kami macam kawan-kawan saja.. Kami dalam TMK akan menyokong mana-mana calon BN yang telah di tetapkan YAB DS Najib Razak selaku Pengerusi BN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog