Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 30 April 2013

Panas !!! Husam Musa Di Halang Penyokong PAS Untuk Berdialog Dan Ujian Poligrafi Di Sebabkan 10 Perkara #TolakPR




Selepas cabaran oleh Kickdafella dibuat, ramai penyokong-penyokong Pas yang berusaha untuk menghalang dialog Husam - Kickdafella dan menghalang Husam daripada melakukan ujian poligraf. Sedangkan di pihak Kickdafellah sendiri, dalam siri ceramah kelompok di Putrajaya, TANPA PERASAAN TAKUT menyatakan bahawa beliau juga tidak ada masalah untuk membuat ujian poligraf untuk membuktikan siapakah yang bercakap benar - Husam atau dirinya.





Kemusykilan saya, kenapa penyokong Pas begitu takut untuk membenarkan Naib Presiden Pas dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri kelantan ini untuk berdialog dengan Kickdafella dan membuat ujian poligraf? Apakah yang hendak mereka sembunyikan?

Saya ada bertanya di laman twitter saya, kenapakah penyokong Pas terlalu protective? Tidakkah mereka yakin Naib Presiden Pas mereka mampu berhujah melawan Kickdafella? Tidakkah mereka yakin Naib Presiden Pas mereka boleh bercakap benar?

Soalan saya - 

Adakah penyokong Pas tidak yakin Husam mampu berhujah dan lulus ujian poligraf tentang projek kambing jamnapari?



Takkan penyokong Pas tidak yakin Husam tidak boleh menjawab tentang isu Koridor Gaharu, Stadium Red Warrior dan Jambatan Palekbang-Kg Cina?






Atau penyokong Pas rasa malu dengan janji keretapi laju Husam yang tak masuk akal?



Ataupun penyokong Pas nak sembunyikan cerita sebenar tentang Lebuh Raya Rakyat yang kononnya percuma, tiada tol, tetapi lebih awal dah kutip `tol' dari rakyat melalui sumbangan ke dalam tabung pembinaan lebuh raya?






Mungkinkah penyokong Pas tidak mahu rakyat tahu tentang cerita sebenar di sebalik akaun tabung yang didakwa diselewengkan? 







Atau adakah penyokong Pas dan penyokong Husam nak sembunyikan hakikat bahawa pemimpin mereka hanyalah seorang yang gagal?



Takkan lah penyokong Pas sendiri yakin Naib Presiden Pas mereka seorang penipu sampai taku sangat nak berdebat dengan Kickdafella dan buat ujian poligraf? Boleh tolong jawab tak budak-budak Pas dan budak-budak Husam?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog