Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 26 April 2013

Zalim !!! Budak Berumur 11 Tahun Di Belasah Rejim PAS Kedah #TukarKedah


Bila mana penulis melihat gambar batang tubuh seorang kanak-kanak malang berusi 11 tahun dari Sik, Kedah yang terbaring kesakitan selepas disepak dan diterajang oleh penyokong PAS secara automatik penulis terbayangkan keganasan Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Hanya dek kerana budak itu memberitahu dia menyokong BN akibatnya dapat penyepak percuma, apa jenis manusia yang menjadi penyokong PAS, tak tahulah.

Dengan budak-budak pun nak di bawah bergaduh, memang tak matang langsung perangai penyokong PAS dan PR, nama saja memperjuangkan Islam tapi sikap perwatakan sebijik macam Zionis. Kalau ia tak sama macam Zionis, mungkin lebih buruk dari itu agaknya.

Di Palestin bukan satu perkara pelik, sepak terajang kanak-kanak, wanita dan orang tua dah jadi perkara biasa. Kalau tak diterajang, silap gaya dapat tembakan yang menusuk perut atau dada.

Apa yang berlaku di Kedah ini bukannya kes terpencil kerana baru-baru ini di Gua Musang, Kelantan pun ada kes keganasan melibatkan penyokong PAS menyebabkan seorang jurukamera
sambilan RTM akhirnya meninggal dunia beberapa jam selepas di pukul.



Di Bachok, Kelantan pula seorang petugas BN ditetak dengan pedang samurai kerana enggan mengikuti arahan penyokong PAS yang mahukan mangsa menurunkan bendera BN yang dipasang di kedai miliknya. Kecil punya hal pun mahu bertetak
berparang ka?

Sementara di Johor pun ada seorang petugas BN yang sedang memasang bendera BN diserang dan dilanggar dengan kereta menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.



PAS selaku parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam sewajarnya prihatin dengan tingkah laku luar tabii penyokongnya,tiada guna mulut saja kumat kamit menyebut ‘aku lebih Islamik’ tapi realiti praktikalnya langsung tak menyerupai kelembutan dakwah Islam.

Kot ya pun ada pemimpin PAS yang teruja dengan kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis dan ada pula pemimpin PKR yang teruja untuk menjamin keselamatan Israel, janganlah budaya ganas dan zalim komunis dan Israel di jadikan teladan. - MyKMU

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog