Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 24 April 2013

PAS Kedah Halalkan Penyelewengan Dalam Maktab Mahmud #TukarKedah #SaveKedah


Sebelum ini Pisau Kedah dan rakan Team Media Kedah (TMK) mendedahkan sebahagian bukti laporan Audit dalaman menunjukkan telah berlaku penyelewengan dalam pusat pengajian Maktab Mahmud. (KLIK DI SINI).

Hari ini TMK yang di ketuai Mctheory (Kedah Ke KL) akan mendedahkan sebahagian lagi dari dokumen audit dalaman Lembaga Maktab Mahmud yang membuktikan telah berlaku penyelewengan membabitkan kewangan (melibatkan jumlah wang keluar masuk bagi akaunPENGETUA) , Kawalan Organisasi (melibatkan carta organisasi, bidang tugas, rekod cuti, rekod kehadiran (punch card), buku rekod perkhidmatan) serta pengurusan aset dan inventori  Maktab Mahmud di Seluruh Kedah.

Dari siasatan pihak TMK, boleh di katakan beberapa Pengetua Maktab Mahmud di seluruh Kedah yang terlibat dengan penyelewengan terdiri daripada kroni pemimpin PAS Kedah iaitu Isteri kepada seorang calon PAS Kedah, Biras kepada calon PAS Kedah yang sama, Pemimpin PAS di peringkat pemuda yang mempunyai kaitan dengan calon PAS Kedah dan beberapa lagi individu yang masih dalam siasatan TMK.



Muka hadapan dokumen yang di perolehi Team Media Kedah (TMK) melibatkan keputusan Laporan Audit Dalaman  Maktab Mahmud YAN, Maktab Mahmud SIK, Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Pendang, Maktab Mahmud Pokok Sena dan Maktab Mahmud Baling yang di lakukan Lembaga Maktab Mahmud


Muka Surat kedua yang mengandungi keterangan Pendahuluan Laporan Audit, Objektif Audit dan Skop Audit yang telah di lakukan.


Muka surat di atas menunjukkan 4 Maktab Mahmud (YAN, SIK, POKOK SENA dan BALING) berjaya menyediakan laporan Kawalan Organisasi seperti yang di kehendaki pihak Lembaga Maktab Mahmud.

Maktab Mahmud Pendang telah menyediakan laporan Laporan Organisasi tidak sempurna melibatkan rekod kehadiran seorang kakitangannya, Jamil B Mat Saat (Kroni pemimpin PAS Kedah) yang mempunyai rekod kehadiran yang meragukan. 


Punch Card selama 2 bulan mempunyai waktu kehadiran yang sama (Orang yang suka menepati waktu pun tak mampu nak lakukan macam mamat Jamil ni).. Apabila Audit Lembaga Maktab Mahmud buat pemeriksaan secara mengejut pada 26 September 2010 pada pukul11.30 pagi, pihak Audit mendapati sudah tercatat rekod keluar Jamil pada pukul 3.30 petang (Rekod Kehadiran Penipu)

Bagi Maktab Mahmud Alor Setar pulak.. Carta Organisasi telah DILUPUSKAN bagi menghilangkan segala bahan bukti.. Malahan yang lebih teruknya GAGAL menjawab penemuan audit yang berjaya di kesan oleh Lembaga Maktab Mahmud....

Siapa PENGETUA Maktab Mahmud Alor Setar serta Maktab Mahmud Pendang ni dan apa kaitannya dengan pemimpin PAS yang menjadi calon PAS Kedah ???.. Harap-harap pihak PAS Kedah boleh jawab dengan jujur.

Sekarang ni mari kita lihat pula keputusan laporan Audit Lembaga Maktab Mahmud berkenaan kewangan keluar masuk akaun Pengetua pulak .. Kita tengok kejujuran orang-orang PAS yang di lantik sebagai Pengetua beberapa Maktab Mahmud di Kedah..


Hummpp...Telus gila buat kerja orang PAS ni... Keluar, Masuk duit tidak mengikut garis panduan... Depa ingat Maktab Mahmud ni hak depa punya kot ???


Tu dia... Ada lagi !!! Yang paling menariknya rekod kewangan keluar, masuk Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar telah DILUPUSKAN terus oleh Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar.. Penemuan bukti yang meragukan dari pihak Audit langsung tidak di jawab.

Siapa Pengetua Maktab Mahmud  Alor Setar ni.. Dengar kata Pemimpin PAS yang mempunyai kaitan rapat dengan Pengetua tersebut telah menggunakan kuasanya sebagai ADUN PAS (ketika itu) untuk selesaikan secara rahsia dengan pihak Lembaga Maktab Mahmud dan tindakan memindahkan Pengetua tersebut ke Maktab Mahmud yang lain telah di lakukan bagi menggelak dari pengetahuan umum.

Di bawah ni diantara bukti-bukti berlaku penyeleweng kewangan keluar, masuk akaun Pengetua bagi Maktab Mahmud yang lain.. Baca la sendiri dan nilai sendiri sebelum mengundi PAS pada PRU 13 ini... 



Menurut laporan Audit dari UNIT AUDIT DALAMAN.. Pihaknya tidak dapat melaksanakan tugas di Jabatan Lembaga Maktab Mahmud kerana tidak mendapat keizinan dan kerjasama daripada Penolong Pegawai Tadbir GRED N27 Lembaga Maktab Mahmud.. 

Ye la.. Kalau bagi kebenaran dan kerjasama pastinya segala penyelewengan yang berlaku dalam Lembaga Maktab Mahmud akan terdedah.. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog