Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 11 April 2013

Penjawat Awam Yang Rasa Nak Sokong Pakatan Haram Patut Tahu Benda Ni



Sedar atau tidak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjawat-penjawat awam berada dalam dilema kerana sering menjadi mangsa kepada cemuhan, kritikan dan sindiran dari pemimpin-pemimpin Pakatan Haram seperti Lim Guan Eng, Tony Pua,  Tian Chua, Nurul Izzah dan Latheefa Koya sepertimana yang dapat di lihat dalam video bawah ini.


Tak hairan la sekiranya penjawat-penjawat awam akan di buang kerja sekiranya Pakatan Haram mentadbir negara kerana ada dalam kalangan pemimpin Pakatan Haram berhasrat mengurangkan jumlah penjawat-penjawat awam yang terdapat di Malaysia sekarang ini.

Sudah jelas niat pemimpin Pakatan Haram yang berhasrat mahu mengurangkan jumlah penjawat awam merupakan niat untuk menindas rakyat kerana penjawat-penjawat awam juga merupakan rakyat Malaysia yang perlu di bela.

Apa gunanya sekiranya Pakatan Haram berjanji bermacam-macam janji bulan dan bintang kepada penjawzat-penjawat awam sekiranya Pakatan Haram mahu mengurangkan jumlah penjawat awam. Malahan janji yang di buat Pakatan Haram hanyalah satu janji yang tidak pasti di tunaikan berbanding janji yang di buat Barisan Nasional yang sentiasa menepati janji-janji yang di lakukan sebagai Kerajaan yang mentadbir Malaysia.

Dalaman Pengumuman " Aku Janji BN " yang bertemakan " Menepati Janji Membawa Harapan ". YAB DS Najib Razak telah berjanji akan memperkenalkan Skim Gaji Transformasi untuk penjawat-penjawat awam sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN untuk membentuk kembali Kerajaan Malaysia selepas PRU13 ini.

Skim Gaji Transformasi ini juga termasuk dengan menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3% kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.

Sebelum ini, kerajaan BN telah memperkenalkan dan memperkemaskan gred skim penggajian untuk penjawat awam termasuk kenaikan gaji secara keseluruhan dan beberapa inisiatif baharu yang berjumlah RM2 bilion.
    
Selain itu turut menyediakan tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan selepas mata gaji mencecah paras maksimum dalam jadual gaji berkuatkuasa 1 Jan 2013.
  
Kerajaan BN juga baru-baru ini telah menyeragamkan gaji anggota polis dan tentera supaya setara dengan anggota perkhidmatan awam bagi menyediakan gred gaji yang lebih tinggi serta memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk anggota tentera dan polis dengan peruntukan sebanyak RM12 juta.
    
Selain itu, BN berjanji akan melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
  
Golongan kurang upaya (OKU) juga akan diberi perhatian istimewa bagi memanfaatkan potensi dan kemampuan yang dimiliki.
    
Manifesto BN turut menekankan dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan awam, BN akan memperkenalkan konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' dengan memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
    
Ia juga berjanji akan menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk pejabat-pejabat daerah dan kerajaan tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan  rakyat.
    
BN juga berjanji untuk menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
   
Menyentuh mengenai sumber manusia, BN akan memperkenalkan program-program pengambilan pekerja dengan memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Inline image 10


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog