Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 14 April 2013

Terkini !!! @MukhrizMahathir Yakin Rakyat Kedah Akan Pilih BN Di PRU13 #SaveKedah #TukarKedah



Sungai Petani - Dalam sidang media Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir selepas program Rali Selamatkan Kedah di pentas Pemuda Barisan Nasional Kedah yang berlangsung berhampiran dengan pasar Up Town Sungai Petani, beliau melahirkan rasa keyakinan bahawa rakyat Kedah akan memilih Barisan Nasional pada PRU 13 ini berdasarkan gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional semakin meningkat.

Menurut Mukhriz, " Saya melihat ada satu gelombang yang bergerak pantas diseluruh Negeri Kedah ini dan gelombang ini saya yakin akan menimbulkan rasa yakin dan percaya dikalangan rakyat terhadap Barisan Nasional " .

" Saya berharap ianya akan diterjemah dalam bentuk undi " katanya lagi.

Ketika di tanya media tentang pandangan beliau setelah PAS meletakkan dua calon bukan dari kalangan orang Islam untuk bertanding atas tiket PAS di Johor, beliau mengatakan itu merupakan satu respon dari PAS terhadap DAP yang mencalonkan calon Melayu yang boleh menggugat kedudukan PAS dalam PR.

Bagi Mukhriz, beliau tidak lihat isu dua calon PAS dari kalangan bukan Islam yang akan bertanding di Johor sebagai satu ancaman yang besar terhadap Barisan Nasional sekiranya calon dari Barisan Nasional merupakan seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman dan memang layak untuk memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat.

" Kita (Barisan Nasional) sanggup berhadapan dengan sesiapa sekali pun ", katanya kepada media.- Pisau Kedah.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu selamat bersama BN.... aminnn.

Tanpa Nama berkata...

Amiiinnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog