Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 7 April 2013

Hot !!! Anwar Menggunakan Taktik Kotor Menipu Rakyat Untuk Meraih Undi #PRU13


Contoh surat yang di perolehi sahabat Pisau Kedah, Medan Tempur


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lainnya mengandungi kononnya surat sokongan Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu.

"Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya.

"Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog