Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 5 April 2013

Hot !!! Mahasiswa KUIN Menderita Di Sebabkan Keegoan PAS



Dari maklumat yang di perolehi dari sahabat blogger TMK dari Baling, Kamera Kupang. Pelajar-pelajar KUIN terpaksa menderita akibat sikap ego Kerajaan Negeri pentadbiran PAS yang mementingkan keuntungan politik dari mementingkan nasib Mahasiswa yang di pindahkan pengajian ke kampus KUIN Kuala Ketil tanpa di sediakan asrama.

Mari kita membaca penjelasan dari blogger Kamera Kupang berkenaan penderitaan Mahasiswa KUIN.


Gambar kiriman menunjukan 4 buah Bas yang digunakan untuk mengangkut pelajar KUIN yang ditempat beberapa penginapan di Daerah Baling. 

Bayangkan pelajar-Pelajar tersebut terpakasa melalui jarak perjalanan dari tempat penginapan di Baling ke Kuala Ketil hampir 45 minit.

Kasihan sungguh mengenangkan nasib mahasiswa yang memohon untuk menginap asrama di Kuala Ketil namun sehingga kini asrama di Kuala Ketil belum-dapat disiapkan walaupun Jamil hanya berjanji 4 minggu sahaja dan kini dah masuk lebih 2 bulan asrama pelajar gagal disediakan dalam kampus KUIN.

Apa yang malangnya , pada hari ini semua mahasiswa yang menginap di asrama sementara di Sedim Kulim dan PLKN Baling dipindahkan pula buat kali ketiga ke SMA Yayasan Khairiyah baling.

Sebelum ini mereka dipindahkan ke Jitra kemudian ke PLKN Baling dan Sedim Kulim , kini penempatan mereka di asrama pelajar Yayasan Khairiah Baling.

Dalam insiden hari ini , apabila pelajar somalia tiba dan melihat penginapan yang terdapat di Yayasan Khairiyah mereka memberontak seolah-olah mereka ditipu kerana perkhidmatan keselesaan dan kemudahan amat jauh berbeza . Mungkin disebabkan ketakutan dan bimbang pihak pelajar warga asing membuat laporan ke KPT , lantas pelajar dari Afrika itu terus dipindahkan dengan sebuah bas ke sebuah lokasi penginapan yang lebih selesa bertaraf chaley/motel di Baling.


Persoalan , bagaimana nasib anak bangsa dan warganegara kita. Adakah dengan sebab mereka tidak memberontak mereka harus patuh dengan perpindahan yang mengganggu sesi pengajian mereka ? Zalim sungguh .....

Jangan buat pelajar macam bola ... team BERSIH KUIN mendesak agar penginapan pelajar diberikan dengan situasi lebih selesa dan berhawa dingin seperti yang dijanjikan dalam bilik kuliah Kuala Ketil. Berita Kuin

Selepasa musim cuti persekolahan tamat, kemana pelajar KUIN ini akan di pindahkan pula ? kerana Asrama di Yayasan Khariah akan digunakan oleh pelajarnya sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hbeh tu bdak2 unimap pagi2 sblom sbuh nak kna p dah...yg dkat 2 dkat r yg jaoh 2 mkan msa 45min ada awat tak tnjuk....jgn dok jadi bodo..bkak fkiran sma...bnding dgn bnda nie...aiyaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog