Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 11 April 2013

Info Lahad Datu : Terima Kasih Pewira Negara Yang Mendaulatkan Malaysia #LahadDatu



Alhamdulillah....Setelah lebih dari sebulan OPS DAULAT di lancarkan bagi menghapuskan penceroboh bersenjata Rejim Lanun Sulu yang mengganas di Lahad Datu, kini OPS berkenaan telah berjaya sampai ke sasaran apabila keadaan di tempat yang di jadikan kubu Rejim Lanun Sulu di sahkan bersih dari ancaman pengganas itu dan penduduk-penduduk kampung yang meninggalkan kampung halaman mereka untuk memberi laluan kepada Pihak Keselamatan Malaysia melakukan operasi mengempur ( OPS DAULAT ) Rejim Lanun Sulu telah kembali ke kampung halaman mereka baru-baru ini.


Inline image 2

Sekolah-sekolah yang di tutup akibat tragedi hitam itu, kini sudah di buka semula dengan pengawasan pewira-pewira Negara supaya pewaris-pewaris Malaysia merasa selamat ketika menuntut ilmu.



Lahad Datu: Dalam suka ada duka! Demikian perasaan penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu yang kini memulakan hidup baru selepas kampung mereka disahkan bersih ancaman pengganas, minggu lalu.

Ketika sebahagian penduduk sibuk mengemas rumah dan kembali merasai nikmat tidur di kediaman sendiri, sebahagian lagi pula terpaksa tinggal bersama keluarga di masjid, surau dan balai raya beramai-ramai kerana rumah mereka ranap diserang pengganas.

Kini, penduduk yang paling terjejas akibat insiden pencerobohan itu sibuk membuat laporan polis berhubung kerugian dialami akibat kehilangan harta benda atau kemusnahan rumah serta dalam proses bancian sebelum bantuan susulan disalurkan.

Inline image 1 
Penduduk Kampung Tanjung Labian, Saudi Yunus, 42, berkata walaupun gembira pulang ke kampung selepas hampir sebulan di pusat penempatan Fajar Harapan, hasrat untuk menikmati hidup seperti dulu bersama isteri dan lima anak kini musnah.

Rumah rosak teruk


“Ketika meninggalkan rumah pada 3 Mac lalu, kediaman kami masih elok, tetapi bila pulang ke sini lima hari lalu, tak sangka rumah kami sudah rosak teruk. Sana sini penuh kesan tembakan dan bedilan.


“Harta benda dan perabot juga banyak yang rosak, ada juga barang berharga hilang, menitis air mata saya mengenangkan apa yang berlaku,” katanya yang kini berlindung di Tadika Tanjung Labian ketika ditemui BH.


Saudi berharap, pihak berkaitan dapat segera menyalurkan bantuan terutama menyegerakan pembinaan semula rumah mereka yang rosak dan musnah.-BH


# Kepada yang ingin mahu menyampaikan dedikasi kepada Pewira-Pewira Negara, anda boleh ke web OPS Daulat untuk berbuat demikian.. Dedikasi anda mampu memberi semanggat kepada Pewira-Pewira Negara yang mempetaruhkan nyawa untuk memastikan kedaulatan Malaysia dapat di pertahankan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog