Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 4 April 2013

Panas !!! Petanda Anwar Ibrahim Bakal Di Kuburkan Di Perak Dalam PRU13 #TolakPR



Belum sempat sampai hari penamaan calon PRU 13, PKR semakin rebah di Perak apabila 40 anggota parti itu di Sungai Siput termasuk Ketua Pemuda Cabang Sungai Siput menyambut kehadiran Anwar untuk bertanding di Perak dengan bertindak keluar dari parti setelah kecewa dengan pucuk pimpinan parti itu.

SUNGAI SIPUT - Seramai 40 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar dari parti itu kerana kecewa terhadap pucuk pimpinan yang tidak memberi laluan kepada anggota menyuarakan pandangan.

Ketua Pemuda PKR Cabang Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Shukri menyerahkan borang kumpulan itu menyertai UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun di Wisma UMNO Sungai Siput di sini.

Aminuddin berkata, mereka melihat tiada kesepakatan antara pucuk pimpinan dan anggota parti selain pembangkang tidak boleh dijamin mentadbir negara dengan baik jika diberi mandat untuk memerintah.

"Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, bagaimana nak bersatu. Duduk dalam parti tapi tiada kesepakatan, bagaimana nak mentadbir negara. Boleh ke mentadbir negara dengan tiada sehaluan. Mentadbir negara bukan perkara yang boleh buat main-main," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyokong UMNO selama 20 tahun berkata, kawasan mereka tidak mempunyai perubahan terutama daripada aspek pembangunan sejak pembangkang menang di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008.

Kawasan itu disandang Dr. Micheal D.Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertandinrkan  atas tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri S. Samy Vellu dan calon Bebas Nor Rizan Oon dengan majoriti 1,821 undi.

Aminuddin berkata, mereka juga difahamkan pucuk pimpinan PKR merestui calon PSM untuk bertanding atas tiket sendiri di kawasan parlimen berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Beliau yang menjawat jawatan ketua pemuda sejak 2001 akan mengatur strategi supaya BN dapat merampas semula kawasan berkenaan.

Sementara itu, Dzulkifli berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Aminuddin dan anggotanya kerana memberi sokongan kepada BN.

"UMNO bahagian bangga kerana kembalinya bekas pemimpin PKR yang juga anak didik saya dahulu. Tepat pada masanya...kehilangan keyakinan mereka kepada pembangkang dapat membantu BN Sungai Siput," katanya. -Bernama

Di khabarkan bukan setakat 40 orang Ahli PKR termasuk Ketua Pemuda Cabang itu saja yang bertindak keluar dari parti PKR. Lepas ni  Ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka termasuklah  Ketua Cabang PKR Sungai Siput, Ahmad Taufik Hassan yang akan membuat pengumuman keluar dari PKR dalam masa terdekat.

Nampak gayanya Anwar akan di benam hidup-hidup oleh pengundi-pengundi Perak dalam PRU 13 ini di Perak

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog