Ramai kalangan penyokong Pakatan Haram menafikan kegagalan pentadbiran Khalid Ibrahim yang mewakili PKR sebagai Menteri Besar Selangor . Namun penafian tersebut hanyalah sia-sia apabila Presiden Tunggul Kayu Parti Keadilan Rakyat ( PKR ), Wan Azizah seolah-olah mengiakan tanggapan rakyat Malaysia bahawa Khalid Ibrahim seorang Menteri Besar yang gagal ketika membuat kenyataan sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR.
Lepas ni bukan saja Khalid Ibrahim saja perlu di tendang rakyat Selangor dari mentadbir Negeri Selangor.. Sekali dengan Pakatan Haram, rakyat Selangor kena tendang keluar dari Negeri Selangor.PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya pakatan PKR-DAP-PAS terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata PKR mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid.
"Tak kisahlah siapa yang akan menjadi MB di Selangor, asalkan dia mempunyai dasar yang baik," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.- Baca Seterusnya
Pandai janji tapi tak pandai tunaikan..
Jadikan pengalaman di tipu sebagai pengajaran semasa memilih calon pemimpin pada PRU 13 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan