Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 2 April 2013

YB Zul Nordin Akui Kesilapannya Menghina Agama Hindu Ketika Berada Dalam PAS 10 Tahun Lalu


Akhirnya YB Datuk Zulkifli Nordin mengakui kesilapannya dengan menghina agama Hindu ketika beliau masih lagi menjadi penyokong Pakatan Haram 10 tahun yang lalu.

Ternyata tindakkan pihak dari Pakatan Haram menggunakan isu 10 tahun lalu YB Datuk Zulkifli Nordin menghina agama Hindu memakan diri sendiri apabila YB Datuk Zulkifli Nordin mengakui ketika membuat ucapan tersebut dia terlalu taksub dengan parti PAS ketika itu.

Atas kesedaran kini setelah keluar dari Pakatan Haram, YB Datuk Zulkifli Nordin tampil dengan ikhlas memohon maaf secara terbuka kepada Masyarakat India yang beragama Hindu dengan ucapannya ketika berada di dalam PAS.
Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini mengakui pernah membuat membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS.

Beliau yang mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Hindu di negara ini mengenai ucapannya itu yang dibuat pada satu ceramah di markas PAS.

Zulkifli yang sudah insaf dengan kesalahannya itu mempersoalkan tindakan parti-parti pembangkang menggunakan ucapan lamanya sewaktu beliau menyokong dan bersekongkol dengan parti-parti pembangkang untuk memburukkan beliau.

"Saya sudah insaf dan meminta maaf kepada masyarakat Hindu sebelum isu itu timbul...saya telah meninggalkan perjuangan dan jawatan dalam PAS yang banyak memesong saya selama ini daripada landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Penggerak PRU-13 Kawasan Parlimen Baling di sini.

Katanya ketika itu beliau merupakan peguam kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang itu.

"Saya banyak lakukan kesilapan sewaktu menjadi peguam beliau dan membuat ucapan di mana-mana majlis anjuran PAS dan PKR kerana terlalu taksub dengan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu yang akhirnya saya dapati amat jauh terpesong dari landasan sebenar," katanya.

Katanya sikap terbuka dan rendah diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup meminta maaf kepada rakyat membuatkan beliau terfikir yang beliau perlu meninggalkan perjuangan yang terpesong itu demi masa depan negara dan rakyat.

Beliau turut meminta masyarakat supaya tidak mengaitkan ucapan lama beliau yang didakwanya telah diputarbelitkan. Mengenai sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Zulkifli berkata beliau ada menerima beberapa tawaran dan sedang menimbangkannya.

Pada PRU-12, Zulkifli menang di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu sebagai calon PKR tetapi kemudian menjadi anggota Parlimen Bebas. - Bernama

YB Zul Mengakui Silap Dan Memohon Maaf secara terbuka




YB Zul Mendedahkan Motif  Pakatan Haram Mencalarkan Imejnya 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog