Nik Aziz bawa keluar fatwa baru bahawa " Orang UMNO sembahyang tak dapat pahala sebab tolak Islam " .. Bila UMNO tolak Islam ??
Siapa Nik Aziz nak tentukan amal ibadat orang Islam dapat pahala atau tidak ?.. Nik Aziz ni tuhan ka bagi PAS atau makhluk ciptaan Allah S.W.T sehingga mendahului Hukuman Allah S.W.T ??
Sekiranya penyokong PAS mengatakan hanya di sebabkan UMNO tidak mampu lagi melaksanakan Hukum Hudud, UMNO di kira Tolak Islam ??
Bagaimana pulak Kenyataan Hadi Awang pada Januari 2003 di hadapan petugas-petugas PAS seluruh Malaysia " Oleh kerana Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam ini menjadi halangan pada kerjasama Kerajaan Barisan Altenitif ( Ketika itu ), maka PAS sanggup berkorban untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud dan Negara Islam andainya Barisan Altenitif menang dalam pilihanraya 2004 dan memadailah undang-undang sedia ada, undang-undang persekutuan ( Perlembagaan Malaysia ) yang di sebut sebagai Perlembagaan Lord Reid itu di guna pakai oleh Kerajaan Barisan Altenitif ".
Sudah jelas sejak dari 2003 PAS sendiri mengakui tidak akan melaksanakan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam. Sebab itu tidak hairan la PAS sudah pun menggugurkan dasar perjuangan parti dari memperjuangan Negara Islam kepada memperjuangkan Negara Berkebajikan setelah di tegur oleh Karpal Singh.
Malahan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali baru-baru ini juga mengulangai pendirian PAS pada 2003 bahawa Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam bukannya agenda utama perjuangan PAS dalam
Kalau tak percaya dengar dan lihat video di bawah ini berkenaan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.
Sudah jelas dalam buku Jinggay yang di tandatangani..( perlu di fahami ianya di tandatangani ) oleh Hadi Awang tidak tertulis langsung berkenaan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam yang ada hanyalah Perlembagaan Malaysia atau undang-undang Lord Reid yang di anggap PAS undang-undang penjajah dan kafir sekiranya menyokongnya. Malahan dalam Janji Manifesto PR PRU 13 langsung tidak di sentuh langsung berkenaan Hukum Hudud dan Negara Islam.
Tak kan kot PAS yang tidak mahu melaksanakan Hukum Hudud dan Negara Islam tidak di kira menolak Islam ?? UMNO yang tidak mampu lagi melaksanakan Hukum Hudud di kira menolak Islam dan di hukum oleh Nik Aziz dengan mengatakan solat dan ibadat orang UMNO tidak dapat pahala ??.
Kalau nak di katakan memperjuangkan Negara Islam. UMNO lebih terdahulu memperjuangkan Negara Islam sehingga di iktiraf Ulama-Ulama Dunia sebagai Negara Islam Contoh.
Sekiranya Nik Aziz mengatakan dasar parti UMNO tidak Islam bagaimana pulak tentang dasar parti UMNO yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO, FASAL 3 ( 3.3 ) - Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam , agama rasmi Malaysia serta menghormati prinsip Kebangsaan Beragama.
Dari sejak penubuhan UMNO, satu pun dasar tidak pernah di ubah. Tetapi bagi parti PAS pulak Dasar Perjuangan Parti sudah banyak yang di gugurkan.
Bukan setakat Hudud dan Negara Islam di gugurkan, PAS juga melanggar beberapa dasar parti. Sebagai contohnya kerusi Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang hanya untuk golongan Ulama PAS dan tidak boleh di pertandingkan.. Tapi sekarang Mat Sabu yang bukan Ulama malahan penganut fahaman Syiah boleh di angkat menjadi Timbalan Presiden Parti PAS malahan siap di pertandingkan pulak tu..
Sudah jelas PAS bukan lagi sebuah parti yang releven dengan dasar perjuangan parti yang mereka anggap mengikut kehendak Islam.
Fikir-fikirkanlah sebelum membuang undi di PRU 13 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan