Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 1 April 2013

Gempar !!! Kerana Ayam 20 Ekor Muslimah PAS Kedah Bergaduh.



Mungkin ada yang tidak percaya apabila Pisau Kedah bagi tau Muslimah PAS di satu kawasan di Kedah bergaduh sakan sesama sendiri hanya kerana 20 ekor ayam.

Ceritanya begini... Seminggu yang lepas, PAS kawasan Taman Bandar Baru, Sungai Lalang telah membuat satu majlis makan malam parti ketika satu ceramah politik yang di buat di kawasan berkenaan.

Hendak di jadikan cerita seorang Muslimah yang selalu di pertanggungjawabkan menyediakan makanan untuk majlis-majlis PAS kawasan berkenaan telah membeli 20 ekor ayam bagi menyediakan makanan di majlis makan malam sepertimana yang di selalunya di lakukannya.

Tanpa di sangka Ketua Muslimah PAS kawasan berkenaan telah mengambil alih penyediaan makanan majlis makan malam tanpa memberi tahu Muslimah yang selalu di pertanggungjawabkan seperti selalunya sedangkan Muslimah berkenaan telah membeli 20 ekor Ayam dan sudah siap di proses untuk di masak.

Ketika Ketua Muslimah PAS kawasan berkenaan berjumpa dengan Muslimah terbabit di Markaz PAS Kawasan berkenaan untuk memberitahu bahawa dia telah membuat makanan majlis makan malam parti berkenaan yang akan di adakan sebelum ceramah politik yang akan di adakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati Muslimah kepada ketuanya sehinggakan menyebabkan berlakunya pergaduhan yang dasyat.

Pada mulanya pergaduhan berlaku hanya membabitkan pergaduhan mulut sahaja di antara Muslimah terbabit dengan ketuanya sehinggalah Muslimah terbabit bertindak di luar kawalan dengan mengambil rantai yang di gunakan untuk mengunci pintu pagar Markaz memukul ketuanya itu namun tiada kecederaan teruk yang di alami Ketua Muslimah PAS terbabit.



Setelah itu Ketua Muslimah PAS terbabit balik menceritakan kepada anak lelakinya yang berada di rumah, lalu anak lelaki Ketua Muslimah PAS terbabit telah menyerang Mulimah PAS yang memukul ibunya namun gagal kerana Muslimah PAS terbabit telah lari masuk rumahnya yang terletak berhampiran dengan Markaz.

Akibat gagal menyerang Muslimah PAS yang memukul ibunya itu, budak lelaki terbabit telah mengambil tindakkan memecahkan cermin kereta milik Muslimah terbabit yang di letak luar pagar.

Setelah itu barulah pemimpin PAS kawasan terbabit bertindak masuk campur dengan meyelesaikan secara aman. Pemimpin Pas terbabit telah menghalang kedua-dua Muslimah yang bergaduh itu dari membuat laporan polis kerana bimbang ianya akan di ketahui umum dan ianya bakal mencalarkan imej PAS kawasan berkenaan.

Setelah beberapa hari selepas pergaduhan terbabit, Muslimah yang bergaduh dengan ketuanya itu telah berpindah dari rumah yang di duduki berhampiran dengan Markaz PAS Kawasan Taman Bandar Baru, Sungai Lalang.

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam cerita novel lah PK..haha - K7L

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog