Sebelum ini Pisau Kedah menceritakan kebaculan PAS meletakkan Ketua Muslimah PAS, Siti Zailah bertanding menentang To'Pa di kubu kuat BN ( Klik Sini ) setelah mahu mengantikan anak Nik Aziz, Nik Abduh di kawasan selamat yang sebelum ini di sandang Siti Zailah.
Semalam Anwar Ibrahim menunjukkan kebaculan PKR pulak apabia meletakkan calon wanita di Parlimen yang tidak mampu di pertahankan pada PRU 13 ini.
Kali ini Anwar Ibrahim mempertaruhkan nasib PKR di Parlimen Merbok kepada seorang wanita yang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis MPSPK, Nur Azrina Surip setelah IR Zamri Yusuf yang di war-warkan menjadi calon Parlimen Merbok enggan bertanding di situ disebabkan keyakinannya bahawa PKR mampu mempertahankan Parlimen Merbok agak tipis sekali di sebabkan PKR Cabang Merbok menghadapi konflik pergaduhan sesama sendiri dan telah berpecah kepada beberapa puak sehingga ada di antaranya akan sabotaj parti pada PRU 13 ini.
Di Merbok sekarang ini, PKR hanya bergantung harap kepada parti PAS yang mempunyai pelbagai struktur jentera dalam parti kerana PKR Cabang Merbok tidak mempunyai struktur jentera yang kuat untuk berkempen pada PRU 13 ini.
Harapan PKR Merbok mengharapkan sokongan dari kaum India sepertimana pada PRU 12 yang lalu agak kabur apabila kaum India Merbok sudah kembali menyokong BN setelah melihat ketidak mampuan wakil rakyat dari Pakatan Haram membela nasib mereka setelah di beri peluang pada PRU 12 yang lalu.
Ternyata tindakkan Anwar Ibrahim meletakkan calon dari kalangan wanita dan tidak di kenali ramai hanylah tindakkan bacul setelah mengetahui Parlimen Merbok sukar di pertahankan PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan