Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 7 April 2013

Hot !!! Pakatan Haram Dok Gaduh Sesama Sendiri Sebab Nak Jadi Calon #PRU13



Apa sebenarnya yang sedang terjadi di dalam Pakatan? Apa gunya nama Pakatan jika mereka tidak bersepakat? Dua hari yang lepas kita dapat lihat percanggahan berlaku di antara Azmin dan PAS terutamanya PAS Wilayah.

Semua ini berlaku atas sebab pengagihan kerusi yang mana Azmin seperti sesuka hati meletakkan calon PKR tanpa persetujuan Pakatan lebih-lebih lagi kerusi tersebut merupakan kerusi lama PAS.

Mengikut maklumat yang diterima, ini merupakan pertukaran dua kerusi yang mana PAS telah meletakkan calon mereka iaitu Parlimen Kangar dan Temerloh. Malangnya semua itu telah dipersetujui ramai.

Dikatakan pertukaran kepada pemilihan dua parlimen yang dicalonkan PAS, ditukar dengan Parlimen Setiawangsa, Labuan dan Bera namun masih lagi dalam perbincangan. Menurut rakan dalam PAS, PAS tidak mahu lepaskan ketiga-tiga kerusi tersebut.


Pesuruhjaya PAS WP, Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat masih belum membuat keputusan muktamad berhubung kerusi tersebut.


Namun Azmin telah bertindak seperti 'godfather' Pakatan dengan meletakkan calon PKR dan membuat keputusan sesuka hati. Dan perkara ini tidak disukai oleh PAS sebab kacau kerusi mereka.

Sebabkan 'kesepakatan' mereka inilah kita akan melihat pertandingan 3 penjuru di Labuan. Dimana penyandang kerusi Barisan Nasional menentang calon PAS dan PKR yang sama-sama akan bertanding.




Jadi sekarang Azmin dah ketak calon, PAS dah letak calon, masih 'Pakatan'?



Sumber :- Keris7Lok

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog