Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 8 April 2013

Mana Janji Azizan Razak Nak Selesaikan Masalah Pelabur Di Kulim Hi-Tech ? #TukarKedah



Apa dah jadi ni ?? .. Pisau Kedah dapat maklumat Kadar harga air yang di kenakan bagi setiap meter padu untuk kegunaan kilang-kilang di KULIM Hi-Tech Park ( KHTP ) berbeza dari satu kilang dengan kilang yang lain setelah pengumuman Kerajaan Negeri pada 2010 menaikkan tarif harga air.

Malahan maklumat yang di perolehi juga mengatakan kilang-kilang yang memperolehi bil air dari SADA tidak tertera jumlah harga air yang di gunakan.. Cuma yang  tercatat atas bil air dari SADA hanyalah jumlah meter padu air yang di gunakan..

Menurut maklumat, permasalahan ini sudah berlarutan sudah hampir 3 tahun walaupun pada 2011 Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Azizan Razak berjanji akan selesaikan masalah perbezaan harga air di antara kilang-kilang KHTP secepat yang mungkin... Namun sehingga sekarang permasalahan tersebut tidak dapat di selesaikan lagi.

Pisau Kedah dapat tahu isu tarif air yang berbeza ini telah menyebabkan pertelagahan dua orang EXCO Kerajaan Negeri yang berbeza pendapat setelah isu perbezaan harga air di KHTP di masukkan kedalam Mensyuarat EXCO Kerajaan Negeri

Seorang EXCO yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah mahukan tarif air perlu di selaraskan ( Di Turunkan ) dan SADA perlu menanggung kos bebanan harga air yang di selaraskan. Manakala seorang EXCO lagi yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air menolak kehendak EXCO yang memegang jawatan sebagai Pegerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah dengan meminta kos penyelarasan harga air untuk kilang-kilang di KHTP di tanggung Kerajaan Negeri .
Akibat pertelagahan itu sehingga sekarang jalan penyelesaian serta keputusan berkenaan isu tarif air yang berbeza untuk pelabur-pelabur di KHTP masih belum dapat di selesaikan lagi.

Kalau tak percaya.. cuba tanya Azizan Razak betul atau tidak permasalahan yang sedang di hadapi kilang-kilang di KHTP. 

Apa-apa pun kita kena ingat PAS Kedah pernah berjanji tindak akan menaikkan tarif air sekiranya di beri mandat mentadbir negeri Kedah pada PRU 12 yang lalu.

Tu la puak Pakatan Haram ni.. Pandai berjanji tapi tak pandai nak tunaikan. Nama saja Parti Islam SeMalaysia tapi tidak menunaikan Janji sepertimana yang di kehendaki oleh Islam.

Sebelum ini Ustaz Najib yang merupakan penyokong kuat Azizan Razak semasa PRU 12 lalu telah di ambil tindakan pecat dari PAS setelah mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati apabila Azizan Razak tidak menunaikan janji PAS yang mengatakan mereka tidak akan menaikkan tarif air

Sekarang apa dah jadi dengan janji tersebut ??.. Awat penyokong-penyokong PAS diam saja dalam soal tidak tunai janji yang di buat PAS Kedah ??

Tak kan kot puak Tok Guru PAS dan penyokong PAS Kedah menganggap PAS tidak tunai janji yang di buat tidak boleh di anggap Munafik.. Kalau BN tak tunaikan janji baru boleh di katakan Munafik ??.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog