Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 12 April 2013

Hot !!! PAS Kedah Nazak Apabila Geng Penentang Azizan Razak Naikkan Lebih Banyak Bendera Hitam Putih #TukarKedah #SaveKedah




PAS Kedah sedang bergolak sampai ke tahap kronik !!!  Itulah hakikat yang terpaksa Pakatan Haram harus menerima walaupun pahit hendak di akui...

Bagi yang duduk di Kedah pasti pernah melihat satu pemandangan deretan bendera PAS yang agak pelik di kawasan-kawasan tertentu.. Kalau sebelum ini kita melihat bendera PAS berwarna hijau dan lambang bulat yang berwarna putih di tengah, tapi sekarang kita dapat melihat bendera PAS berwarna hitam dan berlambang bulat warna putih di tengah-tengah.

Mungin ramai yang tidak mengetahui apa tujuan bendera PAS berwarna hitam putih macam " taik cicak " telah di pasang pada kawasan tertentu seolah-olah hendak menunjukkan sesuatu gelombang kebangkitan kepada rakyat di Kedah ini.

Sebenarnya bendera PAS yang berwarna hitam putih itu sengaja di pasang oleh penyokong-penyokong totok PAS sendiri yang kini sedang memberontak menentang penguasaan kukubesi Azizan Razak dalam PAS Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.

Bagi penyokong PAS yang tidak tahu apa-apa tentang permasalahan dalaman PAS Kedah, mereka menganggap bendera hitam putih di pasang merupakan taktik PAS di PRU 13 ini untuk menarik perhatian pengundi-pengundi... Kasihan Pisau Kedah sebab mereka tidak mengetahui akan hal sebenarmya apa yang sedang berlaku.

Dari maklumat yang Pisau Kedah perolehi, penyokong-penyokong PAS Kedah yang sedang memberontak memasang bendera hitam putih  ini merupakan dari golongan penyokong-penyokong totok PAS yang pro kepada Exco-Exco Kerajaan Negeri yang menentang Azizan Razak dan ulama-ulama PAS Kedah... Bagi mereka... " Biarlah PAS kalah di PRU 13 ini asalkan Azizan Razak tidak berkuasa lagi di Kedah selepas ini ".

Semenjak Azizan Razak mempunyai kuasa sebagai Menteri Besar Kedah, Azizan Razak langsung tidak mempedulikan nasihat-nasihat dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang lain terutamanya dari ulama-ulama PAS Kedah. Azizan Razak sanggup mengetepikan nasihat timbalan-timbalannya dalam parti yang memegang jawatan EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Untuk pegetahuan semua golongan pemberontak ini tidak sekali-kali akan menyokong UMNO kerana hati mereka tetap bersama PAS sehingga ke mati.. Kebangkitan mereka menentang PAS di Kedah hanya untuk menyedarkan PAS Kedah yang di ketuai Azizan Razak supaya kembali kepada perjuangan asal PAS sebelum memegang tampok pentadbiran Kedah.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog