Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 3 April 2013

Info !!! Kerajaan Sementara Mengambil Alih Tampok Pentadbiran Malaysia #PRU13



KUALA LUMPUR, 3 April – Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dibubarkan hari ini Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.

Katanya amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara.

“Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya melibatkan tugasan harian sahaja tanpa melibatkan sebarang pembentukan dasar atau polisi baru berikutan pembubaran Parlimen akan membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.

“Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat,” katanya.

Wan Junaidi berkata Ketua Setiausaha Negara selaku ketua pelaksana dasar akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada Badan Eksekutif sahaja.

Beliau berkata istilah kerajaan sementara tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia merupakan kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog