Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 5 April 2013

Hot Info !!! BN Mampu Merampas Kedah Dari PAS #SaveKedah



Kaji selidik yang telah di buat Merdeka Center mengatakan Kedah mungkin dapat di tawan semula oleh BN dengan kembalinya sokongan pengundi Melayu dan Cina kepada BN kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri setelah di urus tadbir PAS Kedah.

Semenjak PAS Kedah mentadbir Negeri selama sepenggal, Kerajaan Negeri tidak mampu menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada rakyat malahan ada yang membebankan rakyat Kedah.

Sebagai contoh kenaikan tarif air. PAS pernah berjanji pada PRU 12 yang lalu tidak akan menaikan tarif air sekiranya PAS mentadbir negeri. Namun setelah mentadbir negeri, PAS Kedah melalui SADA telah menaikkan tarif air berkuatkuasa 01 Oktober 2010 dengan alasan terpaksa menanggung kos hutang yang banyak sedangkan pada 27 Septemaer 2010 ( Beberapa hari sebelum pengumuman kenaikan tarif air ) CEO SADA melalui media mengatakan SADA akan mencatat keuntungan sebanyak RM 16 Juta selepas setahun beroperasi setelah mengambil alih pengurusan air dari negeri.

Azizan Razak pernah mengatakan Kerajaan Negeri melalui SADA akan menyediakan perkhidmatan  membekalkan kualiti air yang sangat baik kepada rakyat Kedah setelah kenaikan tarif air namun hakikatnya kualiti air tidaklah seperti yang di perkatakan malahan masalah terputus bekalan air sering melanda Kedah ketika itu dan sekarang.

Pada PRU 12 juga PAS Kedah pernah berjanji akan menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada rakyat Kedah yang berpendapatan rendah namun sehingga sekarang sudah berapa kali Menteri Besar Kedah membuat Majlis Pecah Tanah tidak juga siap-siap rumah mampu milik seperti yang di janjikan. 

Jangan terkejut kalau Pisau Kedah bagi tau. Azizan Razak pernah membuat Majlis Pecah Tanah di satu tempat yang sama sebanyak 2 kali untuk pembinaan rumah mampu milik.. Tapi bayang rumah pun tidak nampak sehingga ke hari ini.

Apa yang PAS Kedah tahu buat sekarang ni sebagai pentadbir negeri hanyalah bergaduh sesama sendiri sehinggakan penyokong PAS sendiri mengurung EXCO dari PAS untuk memberi ceramah politik.. Belum pernah lagi la terjadi EXCO Kerajaan Negeri di kurung penyokong MB.

Pisau Kedah yakin dengan permasalahan yang di hadapi PAS Kedah, rakyat akan memberi undi kepada BN .

Selain itu faktor Calon " Winnable " dari BN yang di tentukan YAB DS Najib Razak merupakan dari kalangan yang boleh melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat merupakan di antara penyumbang kepada keyakinan rakyat Kedah untuk mengundi BN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog