Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 1 April 2013

Info Lahad Datu : Abang Rela Syahid Seperti Ayah Demi Mempertahankan Negara #LahadDatu



Tawau: “Abang mahu jadi perwira yang mempertahankan negara dan rela mati syahid seperti ayah,” kata anak arwah Koperal Salam Togiran, Mohd Shazreen, 16, yang bersemangat berjuang sama seperti dilakukan ayahnya sebelum terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lalu.

Menurut anak sulung empat beradik ini, kejadian yang meragut kegembiraan mereka sekeluarga benar-benar memberi impak dalam dirinya.

“Pemergian ayah tak pernah membuatkan saya lemah, sebaliknya lebih gigih untuk berusaha mencapai cita-cita bergelar juruterbang jet pejuang supaya dapat menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini dia sering menemani ayahnya yang bertugas di Lapangan Terbang Tawau sehingga timbul minat menjadi juruterbang.

“Selepas kejadian serangan sehingga ayah terkorban, semangat untuk bergelar juruterbang jet pejuang makin berkobar-kobar.

“Ketika hayatnya, ayah sentiasa menyokong cita-cita saya, termasuk memberi semangat,” katanya.

Menurut Shazreen, dia menjadikan keberanian ayahnya sebagai idola dan pendorong untuk berjuang demi negara.

Menurutnya, beberapa hari sebelum kejadian, ayahnya pernah berpesan supaya memandikan jenazahnya apabila meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila ayah secara tiba-tiba memberi pesanan itu dan tak sangka kata-kata itu tanda pemergiannya buat selama-selama.

“Saya tak faham kenapa ayah berkata sedemikian ketika kami berada di tempat kerjanya. Ketika itu, saya hanya menjawab ‘ya’ dan hairan, tapi tak sangka perkara ini akhirnya berlaku,” katanya.-HM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog