Bercakap di hadapan kira-kira 2,000 orang dalam Ceramah Perdana Pemuda, Ketua Pemuda UMNO Merbok, Datuk Shaiful Hazizy menganggap Pakatan Haram terutamanya PAS lebih hina dari UMNO/BN yang di katakan mengambil C.N Al - Afghani yang di dakwa PAS sebagai HAMPAS yang di buang mereka untuk berada di pentas politik UMNO/BN jika nak di bandingkan dengan PAS yang sanggup mengambil HAMPAS dari UMNO seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai masalah moral .
Pemimpin PAS dan penyokong PAS yang kononya memperjuangkan Islam hanyalah menjadi tuli apabila Anwar Ibrahim yang mahu di lantik mereka menjadi Perdana Menteri bayangan melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam, melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah S.W.T. Malahan demi kemarukkan Putrajaya, PAS tidak kisah sekiranya mereka terpaksa menjilat kekotoran Anwar Ibrahim asalkan dendam mereka untuk mengalahkan UMNO sejak sekian lama tercapai.
Sudah jelas PAS lebih hina dari UMNO apabila menyokong HAMPAS kotor yang di buang UMNO kerana mempunyai masalah moral berbanding UMNO yang mengutip HAMPAS dari PAS yang ikhlas memperjuangkan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan