Pehh.. Kantoi !!! Calon PKR DUN PEDU (N08), Zamri Yusuf menipu rakyat Kedah dengan melakukan penyamaran dan pemalsuan maklumat dan perkara ini telah pun di laporkan pada pihak polis di Balai Polis Kuala Nerang hari ini.
Menurut maklumat yang di perolehi, Zamri Yusuf bukanlah seorang Profesional Kejuruteraan Berdaftar (IR) .. Sebaliknya Zamri Yusuf hanya berdaftar sebagai Siswazah Kejuruteraan pada tahun 1992 dengan no pendaftara 19241A .
Ini bermakna Zamri Yusuf tidak layak menggunakan perkataan IR dalam banner untuk berkempen seperti mana yang dapat kita lihat sekarang kerana tidak berdaftar sebagai seorang Profesional Kejuruteraan Berdafar.
Penipuan maklumat adalah satu tindakan yang salah.. Pihak SPR sepatutnya mengambil tindakan yang sepatutnya kepada Zamri Yusuf kerana memalsukan maklumat diri.
Rakyat di Padang Terap khususnya di kawasan Pedu patut tidak memberi sokongan kepada individu yang terang-terang telah melakukan penipuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan